Definisi pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor bermaksud menyediakan laluan pejalan kaki yang khusus dengan pengasingan melalui aksesori jalan seperti ‘bollard’, rel penghadang, tanaman landskap atau laluan motosikal khas. Pengasingan ini bertujuan untuk mencegah berlakunya kes jenayah seperti ragut. Di samping itu, pengasingan ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan pengguna / orang awam terhadap infrastruktur yang disediakan. Pihak Majlis telah menyediakan infrastruktur tersebut dan dilaksanakan secara berkala setiap tahun samada dalam konteks penyediaan projek baru atau penyelenggaraan.
Garis Panduan Penyediaan Laluan Pejalan Kaki
Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menetapkan rekabentuk laluan pejalan kaki di dalam kawasan Daerah Sepang. Laluan pejalan kaki perlu disediakan di kiri kanan jalan. Rekabentuk adalah seperti di bawah:
Keperluan Penyediaan Laluan Pejalan Kaki
Laluan pejalan kaki perlu disediakan di kiri kanan jalan:
20.11 meter (66′) | 30.48 meter (100′) | 40.23 meter (132′)
Lebar Laluan Pejalan Kaki
Bagi Kawasan Pembangunan Baru : 2.5 Meter
Bagi Kawasan Pembangunan Sediada : Bergantung kepada pihak majlis
Jenis Permukaan Laluan Pejalan Kaki
: ‘Broom Finisih Concrete’
: ‘Premix Tar’
Aksesori Tambahan di Laluan Pejalan Kaki
1) Papan tanda laluan pejalan kaki
2) Cop laluan pejalan kaki