KEJIRANAN HIJAU

'Page' ini sedang dikemaskini ..

Garis panduan Kejiranan Hijau telah dilancar oleh Plan Malaysia (JPBD Semenanjung) pada tahun 2012. Plan Selangor (JPBD Selangor) telah memperhalusi GP Kejiranan Hijau tersebut dan telah mengenalpasti dan mengarahkan supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor melaksanakan lima (5) inisiatif  di bawah GP tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengambil maklum dan seterusnya melaksanakan 5 langkah tersebut dengan perincian seperti berikut :

  1. Laluan Pejalan Kaki
  2. Trek / Laluan Basikal
  3. SPAH (Sistem Penuaian Air Hujan)
  4. Pengkomposan Sisa
  5. Kebun Kejiranan

Definisi laluan basikal ialah laluan yang khusus untuk kegunaan pengguna basikal sama ada berkongsi dengan jalanraya atau diasingkan dari jalanraya. Pengasingan ini bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin. Pihak Majlis telahpun menyediakan kemudahan tersebut dan dilaksanakan secara berkala. Di bawah adalah cadangan pelan laluan basikal bagi Cyberjaya.

Perincian program / aktiviti / projek bagi inisiatif ini mengikut tahun adalah seperti berikut :

Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) adalah teknologi hijau yang digunapakai di dalam struktur binaan. Konsep teknologi (SPAH) ini adalah dengan mengumpul air hujan dan digunakan semula untuk kegunaan harian. Sistem SPAH ini juga telah diluluskan untuk dimasukkan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 29/2011. Pihak Majlis juga telah menguatkuasakan penggunaan (SPAH) bagi beberapa projek pembangunan di daerah Sepang.

Perincian program / projek bagi insiatif ini mengikut tahun adalah seperti berikut :

Definisi pengkomposan ialah proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan dan sisa perkarangan rumah yang diuraikan menjadi humus, bahan mirip tanah. Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk kitar semula sisa organik menjadi tanah baru yang dapat digunakan untuk penanaman bunga atau sayur, landskap dan banyak lagi. Pihak Majlis juga telah menjalankan beberapa aktivti / program pengkomposan sisa ini.

Perincian program / projek bagi insiatif ini mengikut tahun adalah seperti berikut :

Kebun kejiranan adalah konsep kebun yang direka untuk kegunaan bersama komuniti setempat. Konsep kebun seperti ini telah dipraktikkan di luar negara mahupun di dalam negara. Konsep kebun ini adalah dengan menyediakan beberapa plot tanaman di atas satu bidang tanah yang telah ditetapkan keluasannya dan diusahakan oleh beberapa kumpulan dari komuniti tersebut. Hasil daripada tanaman tersebut juga boleh digunakan bersama. Pihak Majlis juga telah menjalankan / menyediakan beberapa lokasi di dalam daerah Sepang untuk tujuan kebun kejiranan ini.

Perincian program / projek bagi inisiatif ini mengikut tahun adalah seperti berikut :

INISIATIF PENYEDIAAN LALUAN PEJALAN KAKI
INISIATIF SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH)
INISIATIF PELAKSANAAN KEBUN KEJIRANAN
INISIATIF PENYEDIAAN LALUAN BASIKAL
INISIATIF PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA