Karnival Komuniti Sepang

Jawatankuasa Bandar Selamat dan Local Agenda 21, Majlis Perbandaran Sepang Bil.2/2016 yang bermesyuarat pada 20hb Julai 2016 telah bersetuju terhadap penganjuran ‘KARNIVAL KOMUNITI SEPANG 2016’ (KKS 2016) pada 3hb September 2016 (Sabtu), di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Daerah Sepang. Penganjuran Karnival ini juga telah diperakukan di Mesyuarat Penuh, Majlis Perbandaran Sepang Bil.7/2016 yang bersidang pada 30hb Julai 2016

Karnival Komuniti Sepang 2016 @ KKS2016 yang julung kali diadakan oleh Majlis Perbandaran Sepang ini berteraskan Komuniti iaitu Komuniti Kepolisan (Policing Community), Komuniti Rendah Karbon (Low Carbon Community), Komuniti Sihat, Komuniti Usahawan, Komuniti Pendidikan, Komuniti Kepenggunaan dan seumpamanya.

PREVIEW-Design-Flyers-A5-Karnival-Komuniti-Sepang-2016-2

 

FOKUS KARNIVAL

KKS 2016 memfokuskan kepada komuniti sebagai agen utama perubahan dengan sokongan Pihak Berkuasa melalui pelbagai Program LA21 yang menjurus kepada aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial serta keselamatan melalui Program Bandar Selamat. Usaha mempertingkatkan kesedaran komuniti, proses perubahan sikap ini akan dijalankan secara berkala di samping penguatkuasaan bersepadu dengan kolaborasi pihak MPSepang dan agensi berkaitan serta komuniti Daerah Sepang. Pengisian aktiviti bagi Karnival ini lebih berorientasikan aktiviti berikut ;

KOMUNITI KEPOLISAN | ‘POLICING COMMUNITY’

  • Pameran dan Persembahan Unit K9 daripada PDRM, ‘showcase’ kenderaan perisai PDRM
  • Bengkel Pertahanan Diri oleh ‘Kick Start Academy’ secara Phscology dan Mental. Elakkan diri daripada menjadi mangsa. Sesi ini akan disampaikan oleh Master Saiful
  • Pameran oleh AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan)

KOMUNITI SIHAT

  • Larian 10,000 Langkah sempena Karnival Sihat Selangor
  • Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan

KOMUNITI INOVASI MAMPAN

  • Jualan Hartanah / Perumahan
  • Jualan produk keselamatan dll
  • Pameran dan demo mengenai ‘intelegent stall’ oleh pihak MPSepang

KOMUNITI USAHAWAN

  • Jualan produk IKS, produk tempatan serta produk pelancongan, perniagaan Online (IG) dll

KOMUNITI KEPENGGUNAAN

  • Program Jelajah Kepenggunaan dan Kitar Semula antara fokus utama dalam KKS 2016 khususnya bagi memberikan kesedaran secara langsung tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.
  • promosi Fun Run

JOM Sertai Larian Santai @ Fun Run ATAU 10,000 Langkah Sempena Karnival Komuniti Sepang ….

YURAN PENYERTAAN PERCUMA
Terbuka kepada peserta berumur 12 tahun dan ke atas
T-SHIRT PERCUMA ..kepada 1300 orang pendaftaran terawal
T Shirt Fun Run

beserta Medal Penamat yang berjaya menamatkan larian…
medal

Karnival Sihat Selangor 2016 Fun Run & 10,000 Langkah sempena Karnival Komuniti Sepang 2016

FREE run… FREE T-Shirt.. & EXCLUSIVE LUCKY DRAW could be yours…

#kks2016
#karnivalsihatselangor2016
#opm
#outdoorpromalaya
#mpsfunrun2016
#muallimrun
#mpsepang
#mdtm
#runningfree

Pelan Lokasi / Laluan Fun Run & 10000 Langkah Komuniti Sihat ..
Map Fun Run

 

Kepada pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan yang telah mengemukakan borang sebelum ini samada secara online atau manual akan dihubungi oleh pihak Urusetia untuk penyusunan semula Nombor ‘Booth’ Pameran kerana terdapat pertindihan dan ada juga didalam senarai menunggu.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai status ‘booth’ yang telah ditempah, sila hubungi pegawai berikut untuk tujuan tindakan susulan. Susunatur terkini ‘booth’ akan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya pada 29hb Ogos 2016. (Isnin)

Telefon MPSepang : 03-8319 0200 sambungan :
Jabatan Perancangan Bandar.
Cik Suhaida : +6017-281 2384
Puan Nurulhuda : ‪+6012‑382 6244‬

Booth Pameran & Gerai Jualan KKS2016

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DI ‘BOOTH’ @ GERAI JUALAN KKS2016

Booth Jualan ini sempena
KARNIVAL KOMUNITI SEPANG 2016
3hb September 2016 (Sabtu),
7.00 Pagi – 7.00 Petang,
Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Daerah Sepang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Ruang penyertaan bagi ‘booth’ jualan ini adalah terhad dan jenis barangan yang dibenarkan untuk jualan adalah barangan kering sahaja. Contohnya produk barangan elektronik, CCTV, Penggera Keselamatan, GPS, Smart Watch, pakaian, IG dan pelbagai produk inovasi untuk kesihatan, produk IKS seperti kerepek, buah-buahan yang diproses dan siap ‘packaging’ dan seumpamanya.

Jualan air minuman dan makanan yang diproses di situ dilarang dijual sama sekali di zon ini kerana pihak Urusetia telah menyediakan 15 ‘Food Truck’ untuk dibeli oleh orang ramai. Sekiranya terminât untuk menyertai ‘food truck’, sila rujuk Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjara, Majlis Perbandaran Sepang. (u/p : En Noor Halif / Puan Syuhada)

b) Saiz ‘booth’ jualan adalah saiz ‘standard’ bagi ‘Scheme Shell Booth’ berukuran 3 meter x 3 meter (10 kaki x 10 kaki). Bersama-sama ‘booth’ disertakan 1 unit info desk, 2 unit folding chair, 1 unit small dustbin. Ilustrasi ‘booth’ adalah seperti dilampiran.

c) Setiap penyertaan perlu disertakan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) dan bayaran boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu :

i) Cek atas nama : KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG ; atau

ii) ‘Internet banking’ atau secara Online melalui Maybank2u ke Akaun MAYBANK : 562441603633 atas nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

Sila masukkan alamat emel : kksepang2016@gmail.com semasa proses bayaran secara internet banking atau resit ‘transaction’ boleh juga dikemukakan melalui email atau faks.

Sila rujuk pelan booth jualan dan sila nyatakan nombor booth jaulan yang dikehendaki. Pihak urusetia akan menghubungi pihak pemohon untuk pengesahan tempat. Setelah itu, pihak pemohon perlu membuat pembayaran dengan kadar segera.

c) Sila isi dan lengkap borang yang disediakan.

Borang boleh di isi secara online https://goo.gl/forms/vYFJqjnuINPKgfb93.

ATAU

Borang yang diidi secara manual boleh di muat turun (download) di laman web : www.kksepang.wordpress.com
Sila Kembalikan borang ini sebelum 29 OGOS 2016 (Isnin) melalui faks (03-8320 4500) atau email atau dihantar kepada :

Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar, (Tingkat 4),
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 CYBERJAYA,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 83190200 sambungan :
Encik Airurizat bin Anip (Produk IKS & Inovasi)
Encik Misri (Pemaju Perumahan)
Cik Nurul Jannah (Produk IG)
Encik Mohamad Zuhri (Produk Keselamatan)
Cik NurFarhana Binti Mohd Nor (844) (Kerajaan)
Puan Nurulhuda Binti Zainal Abidin (843) (Produk Pakaian dll)

Faks : 03-8320 4500
Emel : kksepang2016@gmail.com

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Larian Fun Run & Sihat Selangor & Pengunjung KKS 2016

Milik siapakah TV LCD Screen,
Laptop @ Komputer Notebook
Smart Watch
Smart Phone ..
Dan lain-lain lagi..

Cabutan Bertuah

JOM Sertai Larian Santai @ Fun Run ATAU 10,000 Langkah Sempena Karnival Komuniti Sepang ….dan menangi hadiah cabutan bertuah …

Promosi

Borang Penyertaan Secara Online, sila klik link berikut :
https://goo.gl/forms/uQxt4F8PMIDdTds42

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan,
sila berurusan terus dengan Urusetia | Organizer :
Encik Mohd Hazerel Bin Said
+60 18-264 4421
email : permatase@gmail.com

Tarikh :
3hb September 2016 (Sabtu)

Sesi Kelayakan Masa  :
10.00 pagi – 2.00 Petang

Pusingan Kalah Mati
2.30 petang – 4.00 petang

Format
Speed Arch Tire

Lokasi :
Stadium Mini BBST, Daerah Sepang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) MOTOR / ENJIN
Motor/EnjinTamiyasahaja.
‘Single shaft’ maximum Sprint Dash Motor.
‘Double shaft’ maximum Mach Dash Pro Motor.

2) BATERI

Bateri ‘rechargeable’ 1.2v sahaja.
Pada pusingan kalah mati had bateri yg dibenarkan adalah 1.59v sahaja.

3) ‘CHASSIS’ & ‘PART TAMBAHAN’
Chassis Tamiya sahaja.
Part tambahan ‘immitation’ dibenarkan.

4) TAYAR
Tayar jenis ‘Arch’ sahaja. Tayar jenis ‘sotong’ tidak dibenarkan.

5) PENYERTAAN
Tiada had penyertaan, peserta boleh mendaftar seberapa banyak kereta untuk pertandingan ini.

Bagaimanapun untuk sesi kelayakan masa, peserta hanya boleh membawa 2 jentera sahaja untuk mendapatkan masa terbaik.

6) PERATURAN LAIN:

  • 16 peserta dengan masa terpantas pada sesi kelayakan masa sahaja akan layak ke pusingan kalah mati yang akan di undi secara rawak (random) untuk bertemu satu sama lain.
  • Format permainan adalah mengikut ‘Tamiya Rules & Regulations ‘.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab  ke atas kemalangan/kecurian/kecuaian/kejadian yang tidak di ingini semasa pertandingan ini di jalankan.
  • Peserta adalah di mohon mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi , menghormati satu sama lain & menjaga kebersihan kawasan pertandingan.
  • Keputusan pengadil/krew perlumbaan adalah Muktamad.

Nota :
Sebarang pindaan masa dll akan dimaklumkan oleh Urusetia dari semasa ke semasa.

sukaneka

Pertandingan Sukaneka Komuniti yang diadakan sempena KARNIVAL KOMUNITI SEPANG 2016 pada 3hb September 2016 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi di Stadium Mini Bandar Salak Tinggi, Daerah Sepang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada semua penduduk Daerah Sepang dan setiap pasukan hanya seramai 10 orang peserta. Pertandingan ini akan diadakan selepas larian Fun Run & 10000 Langkah Komuniti Sihat yang dijangkakan selesai pada jam 8.45 pagi.

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  1. Tarik Tali
  2. Lari Dalam Guni
  3. Terompah Gergasi
  4. Kepit Bola / Belon

Hadiah bagi setiap acara adalah seperti berikut :

  1. Pertama : RM200
  2. Kedua : RM150
  3. Ketiga : RM100
  4. Keempat : RM70

Satu (1) hadiah istimewa untuk pasukan yang super spontan

Pertandingan ini hanya dibuka untuk 20 pasukan terawal sahaja.

Surat jemputan juga telah diedarkan oleh pihak Majlis bertarikh 15hb Ogos 2016.

Borang pertandingan boleh dimuat turun dengan klik ‘attachment’ gambar tarik tali di atas.

Sebarang pertanyaan / Kemusykilan, sila berurusan terus dengan :
Encik Hairom bin Abdul Rashid.
Majlis Perbandaran Sepang

(Jabatan Perancangan Bandar, Tingkat 4)
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 Cyberjaya.
Selangor Darul Ehsan
019-3050078 / 03-83190200 ext : 384